“Jom ke pantai,jom....”
Tidak berapa lama selepas selesai solat Subuh, saya mengajak sahabat-sahabat ke pantai. Maklumlah,di gombak tak ada pantai. Pergi sabah hari tu pun, tak sempat nak ke pantai. Jadi ambil peluang di rumah ibu angkatlah untuk ke pantai.
Pantai berlumpur, hajat kami untuk mandi terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, kami bersiar-siar melihat dan meneroka kehebatan hidupan tepi pantai yang rata-ratanya bercangkerang. Orang kata, pantai berlumpur ni banyak kerang. Puas kami menjelajah pantai sambil tertunduk-tunduk mencari kerang. Sekali lagi hampa.....
Seorang pemuda lewat umur 30an dari tadi kelihatan termenung di satu pondok melihat ke laut. Ntah apa yang difikirkan. Kami menghampirinya bersama makanan yang telah dibungkus dari rumah tadi, mengajaknya bersarapan bersama kami sambil beramah mesra.
“Pada saya, manusia bermasalah pada hari ini disebabkan tak seimbang. Badan, makanannya ini la...(sambil menunjukkan makanan). Akal makanannya ilmu. Hati makanannya zikrullah. Semuanya perlu makan. Barulah seimbang...”
Kami juga diajarnya mencari kerang. Sungguh menakjubkan, kerang yang tersembunyi dalam pasir pun dia boleh nampak dari jauh. Tidak hairanlah dalam masa sekejap, terkumpul satu beg plastik. Dan kami? Masih terkial-kial mencari...satu kerang pun tak dapat.
“Mata kita ni, boleh jadi mata bionik. Kalau dah jadi mata bionik, jarak 1km pun boleh nampak. Cara nak dapat mata bionik, selalu menghadap kiblat, pakai pakaian bersih, melihat benda-benda hijau dan memandang orang yang kita sayang....”
Begitu banyak nasihat, petua dan pesanan yang kami dapat daripadanya termasuklah petua hubungan suami isteri. Secara kesimpulan, tak pernah kami jumpa orang yang sebegini pelik. Diam, suka termenung, selekeh, tapi banyak ilmunya...
“Saya ni suka sangat MEMBACA. Kalau saya ada duit pun, habis dengan beli buku”
Jam hampir pukul 9
“Ok lah bang, ada kesempatan kita jumpa lagi. Kami balik dulu”.
“InsyaAllah... saya pagi-pagi pun selalu di sini sahaja”.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”. Jawabnya.
Pulang dari pantai kami bertanya ibu angkat tentang abang Khidir yang kami jumpa di tepi pantai tadi...Mesti dia kenal orang tempatan.
“Ibu, kenal tak abang Khidir. Kami jumpa kat pantai tadi. Dia kata dia selalu ada kat situ”
“Ibu tak kenal pulak... kamu ni jumpa nabi ke???”
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment