Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Monday, March 10, 2008

Selamat, Aman & Makmur

“Tabballaka sairal yaum, alihaza jama’tana?” bermaksud “Jahanamlah engkau(Muhammad) sepanjang hayat, adakah ini tujuan engkau himpunkan kami semua?”


Demikianlah kata-kata yang dilemparkan Abu Lahab terhadap Nabi Muhammad SAW dalam pidato pertama Baginda di depan khalayak ramai. Abu Lahab merupakan salah seorang pembesar Quraisy yang mempunyai pengaruh yang sangat besar. Sejak peristiwa itu, beliau serta beberapa pembesar Quraisy telah bertindak menggunakan media-media arus perdana pada masa itu untuk menjalankan kempen secara besar-besaran menyebarkan fitnah terhadap Nabi Muhammad SAW. Artis-artis yakni para penyair pada masa itu juga tidak terlepas daripada digunakan dalam kempen ini.mereka melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak benar kepada Nabi Muhammad SAW. Antara tuduhan yang dilemparkan ialah Muhammad seorang yang gila, seorang ahli sihir,seorang yang jahat, seorang yang berbahaya, seorang pendusta dan ajaran yang dibawa baginda adalah ajaran yang sesat serta menyusahkan semua. Ternyata jentera kempen para pembesar Quraisy ini berjaya kerana hampir sebilangan besar masyarakat mempercayai fitnah itu.


Sudah pasti kita yakin segala fitnah yang dilemparkan itu adalah tidak benar dan tidak lain tidak bukan hanya digunakan untuk memastikan Islam tidak tersebar. Pembesar Quraisy tahu akan kebenaran Nabi Muhammad SAW tetapi tetap terus menabur fitnah. Islam yang memberi hak sama rata terhadap semua manusia dilihat sebagai ancaman yang mampu menggugat pangkat dan kekayaan para pembesar. Maka kempen memerangi Nabi Muhammad SAW dan Islam terus dijalankan melalui fitnah dan penindasan.


Kitaran roda Islam tidak sesekali terhenti apabila kita melihat pada hari ini, golongan-golongan yang membawa Islam dalam negara kita telah diperlakukan sama sebagimana yang dilakukan kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW seperti yang disebut di atas. Maka akhirnya sekali lagi golongan yang benar yang mewarisi tugas anbiya’ tidak dapat menyampaikan kebenaran Islam disebabkan media arus perdana yang langsung tidak memberi pentas dan ruang kepada mereka menyampaikan perkara yang benar. Terjadi begini kerana media dipengaruhi pembesar dan digunakan untuk kepentingan mereka serta menyebarkan fitnah kepada mereka yang mahu menegakkan Islam. Hadith Nabi Muhammad SAW:


“Wahai Habbab(salah seorang sahabat), sesungguhnya kita adalah penyambung tugas Nabi-Nabi dan orang-orang yang terdahulu. Jika dibandingkan dengan azab yang ditimpakan terhadap para Nabi oleh para penentang dikalangan umatnya adalah jauh lebih dahsyat dari apa yang dirasai akibat tindakan musyrikin Quraisy”


Maka berbekalkan hadith ini mereka terus sabar menyampaikan kebenaran kerana mereka percayai akan janji yang telah Nabi Muhammad SAW berikan dalam sambungan hadith di atas:


“Habbab, aku hendak memberitahu engkau, walaupun keadaan kita terumbang ambing oleh tentangan musyrikin Quraisy, yakinlah bahawa aku bersumpah atas nama Allah, bahawa dia akan menyempurnakan perkara ini (urusan Agama-Nya), sehingga mana-mana orang yang turun dari Bandar Sanaa di Yaman pergi ke Hadratul Maut[ laluan yang penuh ancaman para perompak], nescaya tiada sebarang gangguan. Tiada yang mereka takuti kecuali mereka hanya takut kepada Allah sahaja.”


Mereka tahu, Selamat, Aman, & Makmur hanyalah pada saf Islam, bukan pada mana-mana barisan yang lain. Islam satu penyelesaian.....

Hiburan Hijau