Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Tuesday, September 14, 2010

Pemergian Nik Hafreez: Iktibar yang pahit ditelan

Bersama Allahyarham (berbaju hitam di sebelah kiri gambar) dalam Kembara Ukhwah 2010
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan sabar dan solat; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.

[al-Baqarah,2:153-157]

   Al-Fatihah buat Allahyarham Nik Hafreez Affiq Mohd Ghazali, Sahabat yang telah meninggalkan kita semua pada 2 Syawal 1431H bersamaan 11 September 2010 yang lalu. Sangat mengejutkan apabila dalam keseronokan berhari raya mendapat berita pemergiannya.

   Tidaklah seharusnya pemergiannya diratapi dan dipanjang-lebarkan kesedihan atasnya. Apa yang pasti, bersama kita doakan kesejahteraannya. Juga kita pohon agar Allah pertemukan kita dengannya di Syurga kelak.

   Pemergiannya membuatkan saya termenung bersendirian. Begini rupanya perasaan apabila orang yang rapat disisi sudah tiada lagi. Sedikit sesal apabila mendapati masih banyak haq Allahyarham sebagai sahabat yang tak tertunai. 

   Saya fikir saya dapat tebus kekesalan ini dengan menghadiri majlis pengebumianya, mengorbakan hari ke-3 Syawal bersama keluarga, merentasi 400km lebuhraya. Tetapi nampaknya tidak diizinkan Allah, saya tiba lewat beberapa minit di tanah perkuburan. Tidak tergambar kekecewaan & kepiluan hati. 

"IKTIBAR perlu diambil, PERJUANGAN mesti diteruskan". Maka, manfaatkanlah setiap detik yang ada bersama para sahabat & keluarga. Selamatkan mereka daripada setiap bahaya Lisan & Amal diri. Senangkan hati mereka. Agar PENYESALAN ini tidak berulang.... 

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua Muslimin & Muslimat seluruh dunia.

Thursday, September 2, 2010

Air & Batu

"Umpama kejadian hati dan zikir. Hati bisa jadi sekeras batu. Zikir sesejuk air mengalir, ia bisa melembutkan hati"

Tuesday, March 9, 2010

Suatu Pernikahan...

Assalamualaikum W.bt...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa' ke hadrat Allah S.W.T. Atas keizinannya sahajalah perkahwinan saya & isteri dapat berlangsung dengan baik.

Di sini ingin saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga buat seluruh ahli keluarga yang sangat banyak memberi sokongan dan bantuan hingga termeterailah ikatan perkahwinan kami di usia muda ini.

Juga buat Syukri, Alif, Firdaus & Hafiz yang menjadi peneman, pengapit, pemandu & pembantu di hari akad nikah. Sekalipun dipanggil di saat akhir, sanggup juga datang bersama dan membantu.
Penghargaan tak terhingga juga buat kesemua Crew yang membantu Majlis Resepsi & Kesyukuran di Kuala Lumpur dengan persiapan seawal 8 pagi. Antaranya Ainul, Ubaid & Isteri, Taufiq, Hafiz Basri, Suhairil, Where, Kudin, Pojie & Alif(UMS). Turut serta rakan-rakan kak Huda dari UiTM yang berkampung semalan membantu persiapan. Tidak ketinggalan Mak Cik Leha dan Keluarga yang membantu penyediaan juadah.
Terima Kasih buat semua yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis ini, seterusnya menjadikan ia medan menyubur tautan ukhwah fiLlah...


"Moga majlis ini majlis yang penuh Barakah, mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan.
Moga majlis ini dapat menjadi contoh ikutan yang baik untuk diikuti.
Moga pernikahan ini menjadi salah satu tapak asas daripada banyak-banyak tapak penyambung rantaian perjuangan yang panjangnya tak siapa ketahui melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya. Amiin...."

[Jurufoto: Azwan Fadhli(wherism), Suhairil(kashfy entertainment), Mun(pelangi bonda)]

Wednesday, January 27, 2010

In The Name of Allah: Iktibar Kejadian Lampau

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian baru ini sangat merisaukan saya. Seperti yang saya utarakan dalam ruangan facebook "why not lose a battle to win the war" dan dalam masa yang sama "dont lose for nothing". Sebelum saya terus mengulas apa yang saya risaukan, sejenak kita menyorot kejadian yang berlaku pada 5 Jun 1967.

Konflik Arab-Israel menyaksikan Israel berhadapan dengan 3 Negara Arab yakni Mesir, Jordan dan Syria. Apa ertinya ini? dengan hanya baru tertubuh selama 20 tahun (secara haram), ini bererti satu masalah buat Israel. Jika tersilap langkah, boleh membuatkan Israel lenyap dari muka Bumi.

Menyedari hakikat itu Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel merangka satu strategi 'Preemptive Strike' terhadap Mesir bagi melenyapkan ancaman besar terhadap Israel. Beliau merancang satu serangan mengejut terhadap pengkalan tentera Mesir di lembah Sinai. Serangan tersebut bermula dengan pelumpuhan keupayaan 450 jet Angkatan Udara Mesir. Dengan hanya menggunakan 30 buah pesawat TU-16 'Badger' Medium Bomber, Israel berjaya memusnahkan 300 pesawat Angkatan Udara Mesir.

Bagaimana ini terjadi? saya tidak melihat ini berpunca dari kelengkapan moden Israel. Israel berjaya melakukan serangan ini kerana kepintaran akal dan kebodohan pihak lawan. bertepatan dengan apa yang disebut Sun Zu dalam Art of War, "All warfare is based on deception".

Percaya atau tidak pesawat Israel menceroboh ruang udara Mesir tanpa dikesan oleh pihak Mesir, bukan kerana Israel menggunakan pesawat yang tidak boleh dikesan RADAR atau terbang di bawah had ketinggian RADAR. Ketakutan Jamal Nasir dan konco-konconya terhadap pemberontakan rakyat yang mahu menjatuhkannya menyebabkan arahan dikeluarkan agar diyah-aktif kesemua sistem pertahanan Mesir pada pagi serangan termasuk sistem RADARnya.

Ini kerana dikhuatiri sistem pertahanan tersebut akan digunakan oleh pemberontak dikalangan tentera untuk menembak jatuh pesawat yang membawa Panglima Tentera Mesir yang sedang dalam lawatan pemeriksaan pengkalan-pengkalan tentera di Sinai.

Apa kaitannya sorotan ini dengan isu kalimah Allah? bersambung....

Hiburan Hijau