Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Friday, February 13, 2009

HATI YANG GERSANG

Seorang hamba Allah datang bertanya, “Enta tahu tak si fulanah dan si fulan akan nikah tak lama lagi?”

“tak tahu plak...” jawapan ringkas saya.

“InsyaAllah tak lama lagi diorang tu...” sambungnya...

Beruntung si fulanah kalau betul-betul jadi (mudah-mudahan) kerana si fulan itu dikenali sebagai seorang pendidik dan pembimbing yang taatkan Allah. Moga dengan itu membawa kedua-duanya ke syurga Allah.

Si fulanah bakal mendapat seorang teman pembimbing, tapi saya pula bakal kehilangan seorang teman pembimbing kerana melanjutkan pelajaran di negara jauh. Berfikir sejenak, siapalah yang bakal menggantikannya sebagai pembimbing. Sebelum ini, orang lain merujuk masalah mereka kepada saya dan saya merujuk masalah saya kepadanya. Sebelum ini orang lain mengharap bimbingan saya dan saya mengharap bimbingannya. Selepas ini?

Bertambah resah dan selayaknya resah apabila terfikir, mungkin ini yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith:

Dari Ibnu Abbas R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW di tanya: Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya”
*Hadith Riwayat:Imam Abdu bin Humaid

Hati ini tidak sewajarnya dibiar gersang dari siraman Iman dan Taqwa.
Moga teman yang baik seperti ini, perginya menghadirkan yang lebih baik disisi. Dan jika pergi seorang, ramai yang datang menggantikannya.

*(Kumpulan Hadith Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Muhammad Nuruddin Marbu)

No comments:

Hiburan Hijau