Maka ramailah yang berkata-kata dan memberi komen tentang naiknya kerajaan baru Negeri Perak pimpinan Barisan Nasional yang dikatakan sebagai kerajaan haram. Apabila terpampang kegembiraan YB Najib Tun Razak dalam meragut pemerintahan di Negeri Perak, saya terus teringat akan Haman dan Firaun.
Firaun, Haman dan Qarun. Ketiga-tiganya adalah pemerintah zalim yang gilakan kuasa, menindas dan menipu rakyat demi kepentingan diri sendiri. Firman Allah:
“Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh? (semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)”
[al-Fajr,89:10-14]
Firaun bersikap zalim dengan mengerahkan rakyatnya supaya membina bangunan hebat(piramid) untuk kepentingan dirinya. Dia menggunakan segala kekuatan tentera, pegawai dan orang-orangnya memastikannya terus berkuasa dan rakyat tunduk di bawah kekuasaannya. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan Yang bersalah.”
[al-Qasas,28:8]
Firman Allah lagi:
“Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu Dengan tiada alasan Yang benar, dan mereka menyangka Bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada kami. Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim.”
[al-Qasas,28:39-40]
Begitulah nasib mereka yang angkuh, zalim serta ingkar. Mereka yang apabila diberi kekuasaan berbuat sesuka hati, angkuh dan tidak meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya. Maka tidak seharusnya kita bersama-sama dengan orang yang zalim atau membantu mereka. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
[Hud,11:113]
Wallahu’alam...
No comments:
Post a Comment