“Cis, kurang ajar punya Israel, tak tahu aku nak balas balik macam mana.....”
Mendengar berita serangan Israel atas palestin mungkin membuatkan ramai di antara kita, Muslim di Malaysia timbul rasa geram. Kegeraman yang memuncak hinggakan jika diberi peluang untuk pergi membunuh si Israel durjana, pastikan digunakan sebaiknya peluang itu. Tapi mememandangkan rata-rata semua tak berpeluang untuk berbuat demikian, maka kita tidak nampak apa-apa yang relevan untuk kita lakukan selain dari membuat tunjuk perasaan. Itu pun kalau cukup berani.....
Bukankah... “Orang-orang Mu’min itu ibarat binaan bangunan, saling mengukuhkan antara satu sama lain”
“Bodoh betul orang Arab ni. Jadi macam tu kat negara jiran pun tak tolong apa-apa” celaan dan tuduhan yang sering kita dengar. Kita selalu bersikap menuding jari kepada orang lain, tetapi apakah kita selalu bertanya pada diri kita “Apakah yang telah aku lakukan untuk saudara-saudaraku di Palestin?”
Negara-negara umat Islam ibarat batu-bata dalam sebuah binaan, saling berkait antara satu sama lain. Setiap satu berperanan menguatkan yang lain. Setiap satu berperanan menampung kelemahan yang lain. Maka semakin banyak batu-bata yang disusun bersama, semakin sukar untuk kita merobohkan binaan itu. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini, negara-negara umat Islam tidak tersusun bersama menjadi suatu binaan yang saling menguatkan sesama sendiri. Banyak yang mengambil sikap bersendirian dan tidak proaktif serta bersungguh-sungguh dalam mempertahan maruah dan kedaulatan umat Islam. Bahkan ada yang menyusun diri mereka bersama negara kafir, bersekongkol menjatuhkan umat Islam.
“Ahh....hal negara-negara ni bukan urusan aku, ini urusan pemimpin negara”
Apabila kita bercakap tentang negara, jangan kita anggap bahawa itu tiada kena mengena dengan peranan kita terhadap saudara-saudara kita di palestin sana hanya kerana kita bukan pemimpin negara. Lupakah kita bahawa kitalah yang yang menggerakkan tangan-tangan kita memangkah, mengundi dan melantik pemimpin-pemimpin negara yang bacol dan pondan, tidak berani, tidak mampu dan tidak mahu mebela nasib saudara-saudara kita di Palestin!!? Lupakah kita akan kemalasan kita dalam berdakwah? Yang menyebabkan masyarakat menjadi jahil dan buta seterusnya melantik pemimpin yang cinta dunia dan takut mati!! Lupakah kita akan kelalaian kita dalam menuntut ilmu dan mempersiapkan diri kita dengan kualiti yang sepatutnya supaya suatu hari nanti kita boleh menjadi pemimpin negara, membela nasib umat Islam seterusnya menegakkan agama Allah di muka bumi ini!!?
Masih mahu menuding jari dan menafikan kesilapan kita?Astaghfirullah....
No comments:
Post a Comment