Bersama Allahyarham (berbaju hitam di sebelah kiri gambar) dalam Kembara Ukhwah 2010 |
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan sabar dan solat; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.
[al-Baqarah,2:153-157]
Al-Fatihah buat Allahyarham Nik Hafreez Affiq Mohd Ghazali, Sahabat yang telah meninggalkan kita semua pada 2 Syawal 1431H bersamaan 11 September 2010 yang lalu. Sangat mengejutkan apabila dalam keseronokan berhari raya mendapat berita pemergiannya.
Tidaklah seharusnya pemergiannya diratapi dan dipanjang-lebarkan kesedihan atasnya. Apa yang pasti, bersama kita doakan kesejahteraannya. Juga kita pohon agar Allah pertemukan kita dengannya di Syurga kelak.
Pemergiannya membuatkan saya termenung bersendirian. Begini rupanya perasaan apabila orang yang rapat disisi sudah tiada lagi. Sedikit sesal apabila mendapati masih banyak haq Allahyarham sebagai sahabat yang tak tertunai.
Saya fikir saya dapat tebus kekesalan ini dengan menghadiri majlis pengebumianya, mengorbakan hari ke-3 Syawal bersama keluarga, merentasi 400km lebuhraya. Tetapi nampaknya tidak diizinkan Allah, saya tiba lewat beberapa minit di tanah perkuburan. Tidak tergambar kekecewaan & kepiluan hati.
"IKTIBAR perlu diambil, PERJUANGAN mesti diteruskan". Maka, manfaatkanlah setiap detik yang ada bersama para sahabat & keluarga. Selamatkan mereka daripada setiap bahaya Lisan & Amal diri. Senangkan hati mereka. Agar PENYESALAN ini tidak berulang....