Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Tuesday, November 4, 2008

Q=mC∆T : Equation of Da'wah

Kopi Radix....

Satu hari, giliran saya pula yang masak air. Apa lagi, untuk bancuh kopi radix la. Setelah air mendidih, seperti biasa saya tuangkannya ke dalam cawan berisi serbuk kopi, baki air selebihnya dibiarkan sahaja di atas meja, mana la tahu member-member yang lain ada jugak nak minum kopi radix. Minum kopi radix kaw2 masa study pukul 2-3 pagi memang best. Tapi kena la tunggu dulu kejap, sebab panas sangat. Maklumlah, air baru je masak. Agak-agak dah suam kopi tu, baru la boleh minum dengan lazatnya. Ntah tiba-tiba hari tu, tak hilang pulak dahaga lepas minum secawan kopi tu. Jadi saya pun pergi lah semula mendapatkan baki air yang dimasak tadi tu. Panas lagi rupanya air yang berbaki tu. Hmm... kenapa air yang berbaki dalam cerek tu masih panas, tak macam air yang dah saya tuang dalam cawan, yang dah selesai pun saya kerjakan. Teringat pulak satu ‘equation’ yang dibelajar di dalam kelas iaitu ‘equation’ keseimbangan haba, Q=m1C1T1=m2C2T2.

Dalam teori keseimbangan haba, dua bahan akan mempunyai nilai suhu(T) yang sama apabila diletakkan bersama. Bermakna apabila diletakkan bersama, bahan yang mempunyai suhu(T) yang lebih tinggi akan berkurang suhunya dan bahan yang mempunyai suhu(T) yang lebih rendah akan bertambah suhunya sehinggalah kedua-duanya mempunya nilai suhu(T) yang sama. Faktor yang menentukan bahan mana yang akan berubah suhu dengan lebih banyak ialah nilai muatan haba(C) dan kuantiti/jisim(m).

Secara mudah disini, jika bahan A mempunyai nilai C yang jauh lebih tinggi berbanding bahan B, maka peubahan suhu A adalah jauh lebih sedikit berbanding perubahan suhu B. Suhu A yang tinggi akan berkurang sedikit sahaja berbanding suhu B yang rendah yang akan bertambah dengan banyaknya. Itu bagi 2 bahan yang berbeza, bagi bahan yang sama pula, kuantiti/jisim(m) jai penentu.


Begitu juga Dakwah

Begitulah juga dengan dakwah. Kekuatan individu pendakwah sangat diperlukan untuk dicampak ke tengah-tengah manusia mengislah masyarakat. Jika kekuatan/bekalan (kita samakan dengan nilai C) begitu lemah, maka sudah pasti yang berubah bukan masyarakat tetapi pendakwah pula yang larut dan hanyut dalam kebejatan masyarakat. Iman, ilmu dan personaliti yang magnetik sangat diperlukan


Kekuatan kumpulan juga tidak boleh dinafikan. Kekuatan kumpulan ini kita samakan dengan nilai kuantiti/jisim(m) di atas. Kekuatan kumpulan membenarkan satu impak yang besar dijana dan ditujukan kepada masyarakat. Kekuatan kumpulan ini perlu digunakan untuk membentuk suasana atau biah solehah yang dapat melarutkan masyarakat dengan nilai dan budaya Islam.


2 faktor yang kita dapat dari ilmu engineering ini boleh menjadi panduan para pendakwah termasuk diri saya sendiri. Selalunya para pendakwah mempunyai dilema samada selesa duduk dalam perkumpulan sendiri atau keluar bersama masyarakat dn berhadapan dengan risiko terkorbannya nilai Islam dalam diri.


kita seharusnya keluar dari kepompong selesa, berhadapan dan bergelumang dengan masyarakat. Apabila dikatakan bergelumang dengan masyarakat, tidaklah bermakna menyertai mereka di dalam majlis-majlis maksiat dan sebagainya. Senyum dan salam sudah memadai sebagai langkah awal mengetuk pintu-pintu hati yang leka, mengajak bersama-sama kembali kepadaNya.

WaLlahu’alam....saya pelajar yang sedang belajar

No comments:

Hiburan Hijau