Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Thursday, November 27, 2008

Aduhai Robotku...

“Brother, pinjam pisau boleh? Kejaaap jerr”. Seorang sister bertanya pada saya.

“Ok. nah”

Tak lama lepas tu....terdengar....

“Aduh...sakitnya...”


Rupa-rupanya ada yang dah luka terkena pisau tadi....mungkin tergesa-gesa disamping mamai & mengantuk masa menggunakan pisau tu. Mana tidaknya, jam menunjukkan pukul 3 pagi.


Semua yang ada dalam bengkel bertungkus lumus menyiapkan robot masing-masing. Sebagai ‘End of Semester Project’, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah robot yang dapat bergerak mengikut garisan hitam. Deadline, pukul 8 pagi nanti. Tempoh 3 minggu yang diberikan ternyata tak mencukupi.


Saya ditugaskan untuk menyiapkan body robot dan ahli kumpulan yang lain menyiapkan litar dan perisian robot. Hmm... mencabar jugak. Rekaan body robot perlulah ringan, kecil, simple dan cun... setelah seminggu berfikir tentang rupa bentuk, akhirnya idea datang. Bentuk yang mudah, ringan dan futuristik; hanya menggunakan sedikit polystyrene terpakai, kadbod dan kertas transparent. Inilah hasilnya.....


Dahulu bermula dengan aircraft carrier berkuasakan enjin diesel, hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja pelayaran kerana perlu mendapatkan isian semula bahan bakar diesel bagi membolehkan ia terus belayar. Kini, tentera U.S menggunakan aircraft carrier generasi Nimitz yang menggunakan tenaga nuklear. Tenaga nuklear ini membolehkan carrier ini belayar tanpa perlu isian semula bahan bakar. Tenaga nuklear ini membekalkan tenaga yang sangat banyak, mencukupi untuk menampung operasi kapal yang sangat besar ini; sangat besar & canggih sehingga mengambil masa 7 tahun setiap satu untuk siap dibina.


Jangkaan 2014, kita bakal menyaksikan aircraft carrier generasi baru dari tentera U.S. Projek carrier generasi baru ini bermula sekitar tahun 1996 mendapat peruntukan USD$ 45.7 juta pada tahun 1998 dan USD$ 190.2 juta pada tahun 1999. Saya tidak dapat menjangkakan dan menggambarkan bagaimana kecanggihan aircraft carrier generasi baru ini.


Betapa jauhnya kita ketinggalan dengan teknologi mereka. Di masa ini, kita masih belum mempunyai sebarang kelengkapan canggih seperti aircraft carrier milik tentera U.S walau sekuno yang berkuasa diesel sekali pun.


Dalam masa yang sama, tentera U.S juga sedang membangunkan beberapa teknologi lain seperti pesawat tanpa juruterbang, senjata laser (tidak memerlukan pesawat pulang ke pengkalan untuk refill senjata), dan juga bahan yang dapat baik pulih dengan sendirinya (self healing) supaya pesawat yang ditembak tidak perlu pulang ke pengkalan untuk dibaiki.

Bandingkan segala kecanggihan yang dibangunkan tentera U.S dengan robot saya. Saya merasa puas dengan robot yang kami hasilkan. Tetapi rupa-rupanya, perjalanan masih jauh....masih banyak yang perlu dibelajar.


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

[al-Anfal,8:60]


Mana mungkin kita dapat sediakan kelengkapan dan kekuatan sehebat itu tanpa penguasaan ilmu dan ekonomi....


Wallahu’alam....


No comments:

Hiburan Hijau