Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Saturday, December 20, 2008

BERKORBAN HINGGA TERKORBAN

Firman Allah SWT:

“Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban. lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa; "Demi sesungguhnya! jika Engkau hulurkan tanganmu kepadaKu untuk membunuhku, Aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. kerana Sesungguhnya Aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; "Sesungguhnya Aku mahu supaya Engkau kembali Dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. maka Dengan itu menjadilah Engkau dari ahli neraka, dan itulah Dia balasan orang-orang Yang zalim". Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. oleh itu menjadilah Dia dari golongan orang-orang Yang rugi.”

[al-Maidah,5:27-30]

Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

[ash-Shaaffat,37:102]

Bersempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, saya ingin mengajak semua mengingat semula akan kisah yang Allah rakamkan dalam ayat al-Quran di atas tentang persembahan korban Habil dan Qabil. Betapa Habil mempersembahkan barangnya yang paling bernilai dan disayanginya manakala Qabil mempersembahkan barang yang tidak bermutu dan kurang bernilai. Akhirnya Allah menerima korban Habil dan Habil mati di tangan Qabil.

Dalam satu kisah yang lain pula, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sangat lama berhajat dikurniakan cahaya mata kerana setelah lama berkahwin tidak beroleh cahaya mata walaupun seorang. Penantian mereka yang lama dan penuh kesabaran akhirnya terbalas dengan lahirnya Nabi Ismail, satu-satunya putera mereka. Nabi Ismail dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Setelah sampai ke usia tertentu, maka turunlah perintah Allah supaya Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail. Ketaatan Nabi Ismail menurut perintah Allah itu jelas dirakamkan dalam al-Quran. Betapa besarnya pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup berkorban kerana Allah SWT biarpun nyawanya sendiri yang terkorban.

Apabila kita pergi membeli-belah, semestinya kita mencari barangan yang paling berkualiti dan bernilai yang mampu kita beli untuk diri kita. Kita juga sering memilih yang terbaik untuk dihadiahkan kepada orang yang kita sayang walaupun mahal, semata-mata untuk menyenangkan hatinya. Dalam apa juga urusan yang lain sering kita memilih yang terbaik untuk diri kita.

Tetapi bagaimana pula urusan kita dengan Allah? Apakah kita sanggup mengorbankan harta, masa, tenaga serta segala yang menjadi kesayangan kita hatta nyawa untuk Allah? Apakah sampai kepada tahap berkorban hingga diri terkorban? Atau kita masih lagi mencari harga sebahagian lembu yang paling murah untuk kita korbankan sedangkan kita mampu untuk bayar lebih mahal....

Hiburan Hijau