"Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab di atas belakangnya tetapi sedikitpun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya" -Tn. Gr. Nik Abdul Aziz-
"Anda mengakui bahawa Allah adalah Tuan anda & juga Tuan dari segala sesuatu. Apakah ertinya ini? Ini bererti bahawa hidup anda bukanlah milik anda sendiri tetapi adalah milik Allah" -Abu'l A'la al-Maududi-
"He(Prophet Muhammad) was the only man in history who was supremely succesful on both the religious and secular levels" -Michael H.Hart-
"Before I speak, I spend from 3 to 4 hours getting ready for each speech, even if I've given it many, many times before" -Zig Zaglar-
Al-Fatihah buat Ahmad Shukri bin Abdul Kadir yang telah pergi ke rahmatullah pada 17 Rabi’ul Akhir 1430, 13 April 2009 di Kuala Krai, Kelantan. walaupun tidak begitu rapat, tetapi sangat segar dalam ingatan. Apa tidaknya,masakan boleh dilupakan peristiwa dimuhasabah pukul 3 pagi oleh beliau dan sahabat beliau ketika saya masih di pusat matrikulasi kira-kira 3 tahun yang lepas.
Tidak ada lain yang saya harapkan melainkan semoga kami dipertemukan semula oleh Allah di Syurga kelak....
Agak lama jugatak berkesempatan untuk update blog. Sedar-sedar apabila menjenguk blog, bertimbun-timbun pula mesej dalam shoutbox. Terima kasih buat semua pengunjung, terutama sahabat-sahabat dari Nilai yang berNILAI. Maaf juga kerana membuatkan semua menatap artikel yang agak lama berulang-kali setiap kali menziarah blog ini.
Sudah hampir sebulan berlalu Maulid Rasulullah SAW. Biarpun agak lama, saya kira tidak expired dan selama-lamanya akan terus relevan untuk saya berbicara tentang junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala nabi dan rasul, idola dan kesayangan kita yang menakluki tempat yang besar di hati-hati orang beriman.
Menghitung dan menghisab diri, di mana sebenarnya kita meletakkan Rasulullah di hati dan dalam kehidupan kita? Dengan sedikit pengisian yang saya dapat dari kuliah Ust. Zulkifli Ismail Baitul Qurra’ Melaka, mari kita renung sebentar peristiwa Uhud...
Rasulullah SAW mewujudkan satu kumpulan pemanah di sebuah bukit yang diketuai Abdullah Bin Jubayr. Baginda berkata kepada ketua pasukan pemanah tersebut:
“Kucar-kacirkan pasukan berkuda mereka dengan panah-panah kamu, agar mereka tidak boleh datang kepada kami dari arah belakang. Kalau kita menang atau kalah sekalipun, maka tetapkan kedudukan kamu di situ, agar jangan pihak musuh mendatangi kita dari arah kamu”
Kemudian baginda berpesan kepada para pemanah tersebut:
“Kawallah bahagian belakang kami, jika kamu lihat kami terbunuh maka jangan dibantu, kalau kamu lihat kami mendapat harta rampasan maka jangan turun menyertai kami”
Apa yang berlaku seperti yang kita maklum, pasukan pemanah tersebut meninggalkan posisi mereka apabila melihat tentera Islam menang dan mengaut harta rampasan. Akhirnya tentera berkuda Musyrikin yang dipimpin Khalid al-Walid mengambil peluang tersebut melancarkan serangan terhadap tentera Islam dari belakang. Akhirnya tentera Islam terkepung dan mengalami saat getir.
Iktibar yang boleh kita ambil dari peristiwa ini ialah bagaimana sikap tidak mengikut bahkan melanggar arahan Rasulullah SAW membawa akibat yang teruk kepada tentera Islam. Begitulah juga dengan kita pada hari ini, kita tersungkur rebah dan tertunduk pasrah dek puak kuffar adalah natijah daripada sikap kita yang tidak mengendahkan Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan kita. Kita lupa akan apa yang disebutkan Allah dalam FirmanNya:
“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang Yang beriman, setelah ia mengutuskan Dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.”
[Ali Imran,3:164]
Biarlah kita tak punya kemewahan hidup dan kemajuan material asalkan kita sentiasa sedar dan ingat bahawa KITA ADA RASULULLAH SAW....
Ribuan berarak menuju ke istana kerana isu PPSMI. Saya tidak nampak perpaduan rakyat Malaysia sehebat ini walaupun ia sering dilaung-laungkan oleh UMNO sejak sekian lama. Kerana dalam perkara ini kita dapat lihat pelbagai golongan bersatu hati termasuklah golongan ahli politik, ahli perniagaan, ahli akademik, sasterawan, pelajar, mahasiswa dan tidak terkecuali golongan kurang upaya. Syabas dan tahniah rakyat Malaysia.
Ada apa dengan semua ini? Kenapa begitu bersungguh-sungguh menolak pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI)?
Isu PPSMI bukan sekadar isu yang bersifat partisan Pakatan Rakyat. PPSMI adalah isu sejagat rakyat Malaysia. Ia melibatkan maruah dan jati diri rakyat Malaysia.
Ramai yang mengatakan bahawa dengan pelaksanaan PPSMI, kita akan lebih maju kerana lebih mudah untuk kita menerima Ilmu dari barat yang mana kebanyakan buku-buku dan sumber ilmu adalah dari barat dan berbahasa Inggeris.
Persoalan pertama: bukankah pelaksanaan PPSMI ini mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Inggeris di dalam negara kita?
Hatta sebelum pelaksanaan PPSMI sekalipun kita telah melihat penggunaan bahasa inggeris sangat meluas sehingga menindas bahasa Melayu. Buktinya kita boleh dapati apabila kita pergi ke sesetengah tempat di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bahasa Melayu langsung tidak digunakan sebaliknya Bahasa Inggeris digunakan secara total.
Lupakah kita slogan yang pernah kita laung-laungkan dahulu “bahasa jiwa bangsa”? kita tidak nafikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris bagi memastikan kita tidak ketinggalan, tetapi ia tidak bererti kita perlu mem‘bakul sampah’kan Bahasa Melayu beserta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kenapa kita perlu tukar pertuturan kita kepada pertuturan mereka? Apakah kita tidak punya maruah dan jatidiri? Tidak bolehkah kita perkasakan industri penterjemahan bahasa kita?
Persoalan kedua: apakah pasti dengan PPSMI kita akan maju?
Saya tidak dapat terima bagaimana mereka boleh katakan PPSMI ini boleh membawa kemajuan. Saya sebagai mahasiswa merasakan bahawa kunci ketamadunan dan kemajuan adalah tahap intelek dan budaya ilmu yang tinggi, bukanlah dengan menjulang dan membontoti bahasa asing. Memadai kita lihat negara-negara seperti Jerman, Perancis dan Itali.
Kita tidak perlukan Perdana Menteri yang pandai berbahasa Inggeris tetapi tahap intelek dan budaya ilmunya cetek. Kita sudah dapat lihat Perdana Menteri dan orang-orang seperti ini tidak membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi, tetapi tidak lain hanya menghabiskan khazanah negara dan menggadai bangsa serta agama kita.
Kita memerlukan pemimpin yang fasih berbahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mempunyai tahap intelek dan budaya ilmu yang tinggi disamping kecintaan kepada bangsa dan agama yang tinggi.
Apa guna anak-anak bangsa kita belajar dalam bahasa Inggeris tapi sedikit habuk pun tak mempunyai idealisme dan intelektualisme???
Agen Sekularisme
Bahasa jiwa bangsa. Bahasa membentuk bangsa dan budaya. Menyuburkan bahasa Inggeris dalam masyarakat kita tidak lain hanya membuka ruang luas kepada anasir-anasir luar menyerap masuk dalam masyarakat kita.
Menyuburkan bahasa Inggeris seolah seperti mengisytiharkan dasar pandang ke barat, menjadikan tamadun barat yang bobrok sebagai idola dan ikutan. Apabila anak-anak bangsa kita mula memandang ke barat, maka asas agama dan budaya agama sedikit demi sedikit semakin ditinggalkan.Nama-nama agung dibarat akan menggantikan Rasulullah di hati anak-anak kita.
Sudah pasti kita tidak mahu anak-anak bangsa kita terdidik jiwa mereka dengan didikan yang rosak melalui bahas Inggeris. Kita mahukan anak-anak bangsa kita terdidik dengan didikan Al-Quran. Firman Allah:
“Haa, Miim. Demi Kitab Al-Quran Yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran Yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.”
Maka ramailah yang berkata-kata dan memberi komen tentang naiknya kerajaan baru Negeri Perak pimpinan Barisan Nasional yang dikatakan sebagai kerajaan haram. Apabila terpampang kegembiraan YB Najib Tun Razak dalam meragut pemerintahan di Negeri Perak, saya terus teringat akan Haman dan Firaun.
Firaun, Haman dan Qarun. Ketiga-tiganya adalah pemerintah zalim yang gilakan kuasa, menindas dan menipu rakyat demi kepentingan diri sendiri. Firman Allah:
“Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh? (semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)”
[al-Fajr,89:10-14]
Firaun bersikap zalim dengan mengerahkan rakyatnya supaya membina bangunan hebat(piramid) untuk kepentingan dirinya. Dia menggunakan segala kekuatan tentera, pegawai dan orang-orangnya memastikannya terus berkuasa dan rakyat tunduk di bawah kekuasaannya. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan Yang bersalah.”
[al-Qasas,28:8]
Firman Allah lagi:
“Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu Dengan tiada alasan Yang benar, dan mereka menyangka Bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada kami. Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim.”
[al-Qasas,28:39-40]
Begitulah nasib mereka yang angkuh, zalim serta ingkar. Mereka yang apabila diberi kekuasaan berbuat sesuka hati, angkuh dan tidak meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya. Maka tidak seharusnya kita bersama-sama dengan orang yang zalim atau membantu mereka. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
Seorang hamba Allah datang bertanya, “Enta tahu tak si fulanah dan si fulan akan nikah tak lama lagi?”
“tak tahu plak...” jawapan ringkas saya.
“InsyaAllah tak lama lagi diorang tu...” sambungnya...
Beruntung si fulanah kalau betul-betul jadi (mudah-mudahan) kerana si fulan itu dikenali sebagai seorang pendidik dan pembimbing yang taatkan Allah. Moga dengan itu membawa kedua-duanya ke syurga Allah.
Si fulanah bakal mendapat seorang teman pembimbing, tapi saya pula bakal kehilangan seorang teman pembimbing kerana melanjutkan pelajaran di negara jauh. Berfikir sejenak, siapalah yang bakal menggantikannya sebagai pembimbing. Sebelum ini, orang lain merujuk masalah mereka kepada saya dan saya merujuk masalah saya kepadanya. Sebelum ini orang lain mengharap bimbingan saya dan saya mengharap bimbingannya. Selepas ini?
Bertambah resah dan selayaknya resah apabila terfikir, mungkin ini yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith:
Dari Ibnu Abbas R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW di tanya: Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya”
*Hadith Riwayat:Imam Abdu bin Humaid
Hati ini tidak sewajarnya dibiar gersang dari siraman Iman dan Taqwa. Moga teman yang baik seperti ini, perginya menghadirkan yang lebih baik disisi. Dan jika pergi seorang, ramai yang datang menggantikannya.
*(Kumpulan Hadith Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat, Muhammad Nuruddin Marbu)
Kasar sungguh ucapan selamat tahun baru Israel kepada rakyat palestin. Sekitar 400 orang bertemu maut dan 2000 yang lain cedera natijah kempen serangan udara yang dilancarkan ke atas palestin.
“Cis, kurang ajar punya Israel, tak tahu aku nak balas balik macam mana.....”
Mendengar berita serangan Israel atas palestin mungkin membuatkan ramai di antara kita, Muslim di Malaysia timbul rasa geram. Kegeraman yang memuncak hinggakan jika diberi peluang untuk pergi membunuh si Israel durjana, pastikan digunakan sebaiknya peluang itu. Tapi mememandangkan rata-rata semua tak berpeluang untuk berbuat demikian, maka kita tidak nampak apa-apa yang relevan untuk kita lakukan selain dari membuat tunjuk perasaan. Itu pun kalau cukup berani.....
Bukankah... “Orang-orang Mu’min itu ibarat binaan bangunan, saling mengukuhkan antara satu sama lain”
“Bodoh betul orang Arab ni. Jadi macam tu kat negara jiran pun tak tolong apa-apa” celaan dan tuduhan yang sering kita dengar. Kita selalu bersikap menuding jari kepada orang lain, tetapi apakah kita selalu bertanya pada diri kita “Apakah yang telah aku lakukan untuk saudara-saudaraku di Palestin?”
Negara-negara umat Islam ibarat batu-bata dalam sebuah binaan, saling berkait antara satu sama lain. Setiap satu berperanan menguatkan yang lain. Setiap satu berperanan menampung kelemahan yang lain. Maka semakin banyak batu-bata yang disusun bersama, semakin sukar untuk kita merobohkan binaan itu. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini, negara-negara umat Islam tidak tersusun bersama menjadi suatu binaan yang saling menguatkan sesama sendiri. Banyak yang mengambil sikap bersendirian dan tidak proaktif serta bersungguh-sungguh dalam mempertahan maruah dan kedaulatan umat Islam. Bahkan ada yang menyusun diri mereka bersama negara kafir, bersekongkol menjatuhkan umat Islam.
“Ahh....hal negara-negara ni bukan urusan aku, ini urusan pemimpin negara”
Apabila kita bercakap tentang negara, jangan kita anggap bahawa itu tiada kena mengena dengan peranan kita terhadap saudara-saudara kita di palestin sana hanya kerana kita bukan pemimpin negara. Lupakah kita bahawa kitalah yang yang menggerakkan tangan-tangan kita memangkah, mengundi dan melantik pemimpin-pemimpin negara yang bacol dan pondan, tidak berani, tidak mampu dan tidak mahu mebela nasib saudara-saudara kita di Palestin!!? Lupakah kita akan kemalasan kita dalam berdakwah? Yang menyebabkan masyarakat menjadi jahil dan buta seterusnya melantik pemimpin yang cinta dunia dan takut mati!! Lupakah kita akan kelalaian kita dalam menuntut ilmu dan mempersiapkan diri kita dengan kualiti yang sepatutnya supaya suatu hari nanti kita boleh menjadi pemimpin negara, membela nasib umat Islam seterusnya menegakkan agama Allah di muka bumi ini!!?
Masih mahu menuding jari dan menafikan kesilapan kita?Astaghfirullah....