Persembahan Nasyid & sewa PA System, klik imej

Wednesday, January 27, 2010

In The Name of Allah: Iktibar Kejadian Lampau

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian baru ini sangat merisaukan saya. Seperti yang saya utarakan dalam ruangan facebook "why not lose a battle to win the war" dan dalam masa yang sama "dont lose for nothing". Sebelum saya terus mengulas apa yang saya risaukan, sejenak kita menyorot kejadian yang berlaku pada 5 Jun 1967.

Konflik Arab-Israel menyaksikan Israel berhadapan dengan 3 Negara Arab yakni Mesir, Jordan dan Syria. Apa ertinya ini? dengan hanya baru tertubuh selama 20 tahun (secara haram), ini bererti satu masalah buat Israel. Jika tersilap langkah, boleh membuatkan Israel lenyap dari muka Bumi.

Menyedari hakikat itu Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel merangka satu strategi 'Preemptive Strike' terhadap Mesir bagi melenyapkan ancaman besar terhadap Israel. Beliau merancang satu serangan mengejut terhadap pengkalan tentera Mesir di lembah Sinai. Serangan tersebut bermula dengan pelumpuhan keupayaan 450 jet Angkatan Udara Mesir. Dengan hanya menggunakan 30 buah pesawat TU-16 'Badger' Medium Bomber, Israel berjaya memusnahkan 300 pesawat Angkatan Udara Mesir.

Bagaimana ini terjadi? saya tidak melihat ini berpunca dari kelengkapan moden Israel. Israel berjaya melakukan serangan ini kerana kepintaran akal dan kebodohan pihak lawan. bertepatan dengan apa yang disebut Sun Zu dalam Art of War, "All warfare is based on deception".

Percaya atau tidak pesawat Israel menceroboh ruang udara Mesir tanpa dikesan oleh pihak Mesir, bukan kerana Israel menggunakan pesawat yang tidak boleh dikesan RADAR atau terbang di bawah had ketinggian RADAR. Ketakutan Jamal Nasir dan konco-konconya terhadap pemberontakan rakyat yang mahu menjatuhkannya menyebabkan arahan dikeluarkan agar diyah-aktif kesemua sistem pertahanan Mesir pada pagi serangan termasuk sistem RADARnya.

Ini kerana dikhuatiri sistem pertahanan tersebut akan digunakan oleh pemberontak dikalangan tentera untuk menembak jatuh pesawat yang membawa Panglima Tentera Mesir yang sedang dalam lawatan pemeriksaan pengkalan-pengkalan tentera di Sinai.

Apa kaitannya sorotan ini dengan isu kalimah Allah? bersambung....

Hiburan Hijau